Cara Terbaik Untuk Naikkan Sistem Imunisasi Anak.

Menjaga pemakanan adalah sangat penting untuk tubuh badan kita. Antara organ yang perlu diberi perhatian khusus ialah otak. Pemakanan yang baik, halal dan sihat dapat menghasilkan otak yang bersih, baik, sihat dan cerdas. Menjaga pemakanan itu penting tidak kira daripada apa bangsa dan agama sekali pun. Islam sendiri menitikberatkan penjagaan makanan dalam kehidupan seharian. Hal ini telah pun dinyatakan dalam al Quran sebagaimana firmanNya:

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (Surah alBaqarah: 172)


So, benda paling utama untuk menjaga kesihatan anak kita adalah dengan memberikan mereka makanan yang baik & sihat.



Tapi...!!


Apakah makanan terbaik untuk anak kita?

Doktor pakar senaraikan makanan-makanan ni kepada saya.


1. KISMIS



Buah anggur segar mengandungi kandungan vitamin C dan flavonoid yang tinggi. Vitamin C banyak membantu menjaga kesihatan badan manakala flavonoid adalah antioksida yang membantu melawan radikal bebas. Anggur kering iaitu kismis pula kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat. 

Selain itu, mineral surih bernama boron membantu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori. Kismis juga merupakan salah satu makanan yang boleh mengurangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, merawat anemia, menguatkan jantung dan menerangkan hati selain dari terkenal dengan kelebihannya kepada otak. Sabda Rasulullah saw tentang kismis adalah:

“Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”


2. KURMA



Buah yang manis ini adalah suatu keajaiban untuk manusia. Memiliki mineral, vitamin, serat dan antioksida yang lengkap untuk kesihatan keseluruhan badan telah menjadikan buah kurma diiktiraf sebagai pengganti diet yang paling baik di dunia terutamanya ketika proses penyembuhan penyakit. 

Antaranya kurma dapat membantu pesakit anemia, menguatkan tulang, mengawal berat badan, mencegah kanser dan mengelak serangan angin ahmar. Potassium di dalam kurma pula menjadi agen utama dalam menjaga kesihatan sistem saraf. Ini telah meningkatkan kepantasan dan ketajaman aktiviti otak. 

Dalam sunan Abi Daud, Rasullah SAW bersabda.

"Sesiapa yang bersarapan pagi (Makan Pagi) dengan tujuh biji kurma 'ajwah, maka pada hari tersebut dia tidak akan dibahayakan dengan racun dan tidak juga sihir". (Sunan Abi daud no.3876)


3. BUAH TIN 


Betapa hebatnya buah tin sehingga salah satu surah di dalam Quran dinamakan dengannya. Surah yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut:

Demi buah Tiin dan Zaitun, Dan Gunung Tursina, Serta negeri (Makkah) yang aman ini, – Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (Surah At-Tiin: 1-4)

Apa yang menyebabkan buah ini mendapat kedudukan yang istimewa di dalam Islam? Seperti kurma, kualiti buah tin bertambah seiring dengan kadar pengeringan buahnya. Buah kecil ini ternyata memiliki kandungan vitamin, mineral, serat dan antioksida yang tinggi. 

Secara saintifiknya apabila komponen dan keperluan badan adalah lengkap, maka badan akan berada dalam keadaan kesihatan yang optimum kerana mampu berfungsi dengan baik. Istilah "you are what you eat" juga ada benarnya. 

Buah tin banyak membantu menyihatkan sistem pencernaan. Apabila sistem penghadaman sihat maka segala nutrisi dan khasiat makanan dapat diserap dengan sepenuhnya oleh darah. 


4. DELIMA


Delima mengandungi zat gizi yang melindungi sel-sel otak terhadap kerosakan radikal bebas, daya tahan penyakit serta dapat mengurangkan batuk dan asma. Ia juga sebagai agen anti radangan yang hebat serta bertindak sebagai agen imunisasi dalam tubuh.

Sebatian tumbuhan padabuah delima boleh membantu memerangi mikroorganisma berbahaya. Kajian juga turut mendapati, kesan anti-bakteria dalam buah delima boleh melindungi jangkitan dan keradangan di dalam mulut.
Mujarab untuk penerang hati seperti sabda nabi Muhammad SAW : "Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."


Doktor pakar menasihati saya agar memberikan semua buah-buah ini setiap hari kepada anak saya untuk membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh anak saya.


TAPI...!!


Macam mana saya nak pastikan anak saya ambil semua buah-buah ni setiap hari?

Saya dah kira budjet untuk 4 buah ni untuk sebulan macam ni :

  1. Kismis (Stok sebulan) = RM30
  2. Kurma (Stok sebulan) = RM45
  3. Buah Tin (Stok sebulan) = RM90
  4. Buah Delima (Stok sebulan) = RM105

Saya tengok harga ni semua kat TESCO, kismis & kurma dia jual dalam kotak. Buah Tin & buah delima dia jual sebiji-sebiji.

Bila fikir balik, boleh tahan gak harga 4 jenis buah ni untuk stok sebulan.😭

TOTAL untuk sebulan = RM270.

Budjet dah 1 hal, ni ada 1 hal lagi ni. Anak saya ni jenis dia suah nak makan sayur-sayur & buah-buah ni. Kalau beli takut membazir pulak, macam mana ni?

Saya puas fikir macam mana nak buat ni dan akhirnya saya jumpa 1 syarikat yang telah menggabungkan 4 biji buah ni dalam 1 formula (Sangat sesuai untuk kanak-kanak). Yang bestnya formula ni dia campur sekali dengan buah-buah yang lain yang memang terbukti dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi anak ni macam buah anggur, oren & pengaga.


Ia juga telah diluluskan oleh Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM). Harga pon jauh lebih murah berbanding kita beli 4 buah ini secara berasingan.